MAWAR DAN NOVEL(SINOPSIS)



AKULAH CINDERELLA

SINOPSIS;
NUR AISYAH yang biasa dipanggil SYAH adalah seorang gadis manis yang cekal mengalas tugas
kedua orang tuanya yang telah pergi buat selama-lamanya.Seorang yang tegas.bertanggungjawab
dan sangat melindungi lima orang adik-adiknya.Ketiadaan ibu dan ayahnya memaksa dia membulat tekad berhenti sekolah untuk bekerja dan menukar imej menjadi tomboi demi tidak menjadi mangsa buli lagi.

TAKDIR telah menentukan SYAH bertemu SHAFIQ,seorang lelaki yang panas baran dan bermulut celupar dan dilabel sebagai musuh utamanya.Bencinya terhadap  lelaki itu melangit tinggi sehingga
dia telah mengisytiharkan perang terhadap lelaki itu.pertengkaran demi pengtenkaran tercetus di antara SYAH dan SHAFIQ dek kerana ego masing-masing.

"oi mangkuk ayun!Kau apa hal?Nak cari gaduh ke?"
"oi pendek!Kalau gaduh dengan kau pun tak seronok tahu?Lembik!"
Secara kebetulan juga SYAH telah menyelamatkan nyawa DATIN ZULAIKA,seorang wanita kaya
yang baik hati dan juga ibu kepada SHAFIQ.Kesengsaraan hidup SYAH telah menyentuh hati DATIN
ZULAIKA dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil SYAH dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu.Bagaimana reaksi SHAFIQ?

"Apa ni?Nak cari gaduh ?"
"Apa dia?Aku buat apa?"
"Kau luku kepala aku tu kenapa?"


BOLEH ke mereka berdamai?Bolehkah SHAFIQ menerima SYAH dan adik-adiknya?Adakah SYAH akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin terhadap SHAFIQ?'AKULAH CINDERELLA' Ada jawapannya............


TERBITAN :KAKI NOVEL
HARGA       :RM 18.00
KELUARAN:JAN 2011
BELI DI KEDAI MANEEVA(15/01/2011)

KMM BACA NOVEL NI PADA 22/01/2011........
PADA KMM NOVEL NI MMG BEST DAN KELAKAR
TAHNIAH PADA PENULISNYA KERANA DALAM 
MASA 1 1/2 MINGGU SAHAJA CETAKAN PERTAMA
HABIS DIJUAL DAN MENJADI BEST SELLER DI 
POPULAR..........
TAHNIAH NOZI DANISYA@NOR ZILAWATIBINTI ISMAIL

 MEMORI RINDU


SINOPSIS:
MENYAYANGIMU luka hatiku kembali bernanah lalu menjadi barah yang tidak akan sembuh sampai bila-bila.Memiliki dirimu...bagai ada jurang dalam hati yang tidak mampu aku turuni.Namun terasa hampir...jua jelas di pandangan mata.Tetapi mengapa tidak bisa ku gapai...menyentuh jauh sekali.
Malisa memang kusayangi sepenuh hati .Menyatakannya sahaja aku tidak mampu.Berterus terang...
bagai ada suara-suara sumbang melarang untuk kita bersama.Sudahnya aku kehilanganmu.Sudahnya
aku nanar kerana merindui mu.Abang tahu,Malisa jemu menunggu.Abang jua tahu,Malisa lebih menanggung rindu.Namun mengapa ya...abang masih jua tak mampu bersuara.Apa yang menhalang
 cinta kita sebenarnya?Bila kau tiada...sesalku sudah menjadi abu.Kau hilang,lenyap dilarikan lelaki yang kau sangka mampu memberikan kau cinta,mampu melindungi setelah papa pergi.Aku sangka
kau bahagia...siapa tahu rupa-rupanya kau diseksa dan menderita.Kau dijadikan alat untuk melunaskan dendam yang akhirnya menemukan satu jawapan.Walaupun Malisa dan Fauzi tidak memiliki binti dan bin yang sama...lahir dari benih yang sama.Dan pertemuan kedua jua rupa-rupanya tidak mampu kita ungkapkan dengan kata-kata cinta...kerana adikku,abang tidak mahu kita jadiinsan berdosa...


TERBITAN;CREATIVE ENTERPRISE SDN.BHD
HARGA;RM20.9O
KELUARAN;2005
BELI DI KEDAI BUKU JLN TAR 16/01/2011


NOVEL NI KMM BACA PADA 17/01/2011
KMM SUKA SANGAT KARYA KAK ILA(RAMLAH  RAHSID)DAN SENTIASA MENGIKUTI KISAHNYA.....KARYANYA ADA NILAI YANG SENDIRI........TAHNIAH KAK ILA.....KMM
SENTIASA MENYOKONG KARYA KAK ILA........SEMOGA KAK ILA TERUS BERKARYA DAN BERBAHAGIA BERSAMA FAMILY...........