Ahad, 13 Mac 2011

~~~NOVEL2 KARYA KREISYA REISYA 5 BUAH~~~

                                 ~KREISYA RIESYA @NAMA SEBENARNYA MASLINA MOHD ALI BERTUGAS SEBAGAI PEGAWAI KASTAM DI MELAKA.SEJAK KECIL DIA MEMANG GEMAR MEMBACA NOVEL BERBENTUK THRILLER DAN PENYIASATAN.NAMUN DUA BUAH NOVEL YANG DIHASILKAN BERBENTUK KOMEDI ROMANTIK.BAHASANYA MUDAH TAPI CUKUP PENGHAYATAN CERITANYA CUKUP MEYAKINKAN.

                                 MENURUT KREISYA REISYA,KISAH HIDUP REMAJA SERING DIJADIKAN LATAR BELAKANG UNTUK NOVELNYA.WATK GADIS TOMBOY,KERAS HATI DAN TERSEMBUNYI SIFAT KEWANITAAN SERING DIMAINKAN DALAM CERITANYA.IA KEMUDIAN DIJALINKAN DENGAN CINTA YANG TIDAK KESAMPAIAN.AKHIRNYA WATAK UTAMA MENEMUI CINTASEJATI! 


                                KARYA-KARYANYA:
                                                             1)KISAH KASIH
                                                             2)INDAHNYA KASIH

                                                             3)SEDETIK CINTA
                                                             4)PUTERI CINTA
                                                             5)CINTA MARISSA
                                                                
                                                              

=================================================================================


KISAH KASIH
RINDUKU PADAMU 
TAK HILANG MESTIPUN
KAU SUDAH TIADA
DIDEPAN MATAKU

                                       CETAKAN TAHUN 2000
                                       TERBITAN ALAF 21
                                       HARGA RM 11.90




COVER DEPAN
                                  uta    SINOPSIS:PUTERI FARAHDIKA,seorang gadis menawan telah berjaya memenangi hadiah utama pertandingan The Search cinderella yang berupa penginapan mewah hotel lima bintang di Kuala Lumpur.Dalam pesta tari menari majlis itu,Farah telah tersempak dengan Radzi,Bekas kekasihnya.Kerana panik dan marah,Farah lari sehingga tercicir kasutnya.

                        Tidak lama kemudian,seorang ahli perniagaan Naim telah melamar Farah.Gadis itu telah meletakkan syarat agar lelaki itu mencari sebelah lagi kasutnya sebelum lamarannya di terima.Syarat lamarannya itu pelik dan menimbulkan kemarahan ibu Farah.Akhirnya Naim menarik diri.


                        Dalam pada itu ,Syah E,seorang kenalan telah lama jatuh hati padanya.Dengan Syah E pun,Farah meletakkan syarat bahawa lelaki itu tidak boleh menghubungi dalam tempuh setahun.


COVER BELAKANG
                        Setahun bukan sekejap,Dapatkah Syah E setia memendam rasa yang bergelora di jiwa?Apakah Farah dapat menanggung perasaan rindu yang tiba-tiba bertandang di hatinya?


                        Sesungguhnya syarat itu menyeksa keduanya-duanya.Namun telah memercikkan api cinta!


=======================================================================
INDAHNYA KASIH 
 KITA MEMINTAL ANGAN
 DI RUANG YANG SAMA
MEMBINA ISTANA CINTA 
                                                        CETAKAN TAHUN 2007
                                                        TERBITAN ALAF 21
                                                        HARGA RM 15.00

COVER DEPAN
                                                        SINOPSIS:KISAH-KISAH dongeng itu amat indah bagi anak kecil seperti Puteri Farahdika.Kisah-kisah khayalan itu penuh kasih sayang cinta luhur yang akan mematahkan segala kejahatan dunia.Akan ada seorang Putera menyelamat membawa tuan Puteri ke mahligai kebahagiaan.

                                                      Detik masa pun berlalu...


                                                      Tanpa terduga tiba-tiba muncullah Petera hati,menyulam kembali khayalan cinta Puteri yang terbina di alam remajanya.Terus mempercayai bahawa cinta luhur itu tetap wujud sebagaimana kisah-kisah dongeng semalam,Puteri melangkah kealam perkahwinan.Dari dunia khayalan,dia mula mengenali realiti hidup sebenar.


                                                     Dia mula belajar menjadi seorang suri di hati puteranya.Buat puteri,perkahwinan itu bukan lagi satu fantasi.Di sini...di dunia yang baru ini,ada warna-warna kehidupan yang tersendiri.Dia perlu belajar menjadiseorang wanita matang seiring usianya.Dan sebagai suami,Aizat cuba membentuk pemaisuri hatinya menjadi wanita yang bernama isteri sejati.


COVER BELAKANG
                            INDAH KASIH...Merupakan sambungan KISAH KASIH,Novel pertama yang menceritakan detik pertemuan Puteri dengan kekasih hatinya.Kini,kisah mereka diabadikan lagi dalam gerbang perkahwinan yang dipenuhi sendu duka dan tawa bahagia sebuah kehidupan...
=============================================================================


 PUTERI CINTA
AKAN KUGENGGAM SEMILIR MALAM
AGAR NAMAMU SENTIASA DI HATI




                                            CETAKAN TAHUN 2000
COVER DEPAN
    TERBITAN ALAF21
    HARGA RM17.00
                                        


                                            SINOPSIS:SEMUSIM telah berlalu,Kristal terus berlari meninggalkan kenangan cinta yang tidak kesampaian.Walaupun kasihnya terhadap Farish sedalam lautan,dia tahu hanya perpisahan jalan terbaik buat mereka.Duka lara ini tidak mudah untuk di ungkapkan,saat senyum dan tanggis menyatu.Namun,Kristal tidak mahu berpaling kebelakang lagi.

                                          Persahabatan yang di hulurkan Melur mengisi separuh kesepian Kristal.Mereka sering berkongsi cerita dan mencurah rasa.Persamaan jiwa wanita keduanya saling memahami.Biarpun sering dipandang sinis oleh segelintir teman dan keluarga,Kristal dan Melur bahagia dengan takdir yang tertulis buat mereka.Malah,Kristal percaya bahawa jodoh pertemuan itu adalah rahsia Yang Maha Pencinta.Hanya DIA yang mengerti betapa berat usikan dan sindiran yang diterima lantaran usia yang semakin di telan masa.

COVER BELAKANG
                                        Menemukan keindahan warna-warna cinta sememangnya satu perjalanan yang jauh dan panjang.Semakin jauh Kristal berlari,ssemakin dekat rindu itudatang.Sehinggalah 
pada satu pertemuan yang tidak diduga,cinta Farish kembali menggugah jiwanya. 







==============================================================================
SEDETIK CINTA
AKU KINI DIDAKAP LAGI ANGIN RINDU CINTA SEMALAM...
                                   



COVER DEPAN
      
CETAKAN TAHUN 2004
TERBITAN ALAF 21
HARGA RM14.00

SINOPSIS;BENARKAH cinta pertama tak semestinya cinta sejati?Hipotesis bagi Sophie,cinta juga tak semestinya bersatu,Dia redha menerima keputusan Kyerill.Demi prinsip dan agama,mereka harus berpisah.Namun bayangan lelaki bermata biru itu sering menganggu.Kadangkala kerinduaannya bagai tak tertanggung.Bertahun-tahun cuba memujuk hati yang luka.


                                      Masa terus berlalu.Tanpa diduga,kasih Sophie berputik semula.Perhatian Haji Akimi,pengurusnya yang berkarisma benar-benar menambat hatinya.Namun,sekali lagi perasaannya diuji.Sanggupkah dia menjadi orang kedua kerana lelaki itu sudah berpunya?

                                      Ah,sukarnya membuat pilihan.Namun,Dia tidak sanggup berkongsi kasih.Apatah  lagi menjadi galang ganti sebagai penyambung zuriat seorang lelaki.Sophie tegar!Kisah ini perlu ditamatkan.

COVER BELAKANG
                                    
                                      Kenangan datang dan pergi.Di saat lukanya mula sembuh,sesuatu yang tidak diduga berlaku!Lelaki itu muncul kembali.'Terima kasih Keyrill kerana menghancurkan hati saya.Wanita itu sungguh bertuah...'

                                      Sophie percaya,hidup ini ibarat gula-gula masam,manis dan kadangkala masim.Dia tidak berhenti berharap,biarpun ada kekosongan yang dirasa.Hatinya masih berdegil.Dia percaya,suatu hari nanti dia mampu membina bahagia bersama seorang lelaki yang entah di mana...










 ==============================================================================


CINTA MALISSA
OPP...aku dah jatuh cinta!

COVER DEPAN
                                                 
  CETAKAN TAHUN 2002
 TERBITAN ALAF 21
 HARGA RM 12.00

SINOPSIS:MALISSA meningalkan keluarganya setelah putus cinta dengan Rahimi.Dia berkelana membawa diri.Disebalik kedudukan keluarganya yang bangsawan,Malissa menyamar seperti orang biasa.Dari seorang gadis yang lembut dan penyayang,Malissa berubah menjadi kasar,degil dan pemarah.

Perkenalan dengan Adibah,Ishqal,Umi Nor,Iqbal dan Espariza telah membuka dimensi baru dalam hidupnya.Diam-diam,Malissa jatuh hati pada Iqbal yang pendiam.Ishqal pula bertepuk sebelah tangan bila Adibah menolak kasihnya.Umi Nor pula dimadukan oleh suaminya dengan gadis yang sebaya anak mereka.Dan Espariza pula rupa-rupanya menjadi isteri kedua Tan Sri Ahmad Shuid iaitu suami Umi Nor.Semuanya memang tak diduga!
COVER BELAKANG

                       Dalam suka ada .Dalam bahagia ada derita.Begitulah tragedi yang menimpa Malissa.Setelah ternoda,Dia cuba menjauhkan diri.Namun,Iqbal datang menghantar  pinangan.Tapi...Malissa menolak.Akhirnya,Malissa akur,"aku cintakan kau Iqbal..."                                          
                                                 
                                                 
                                             




Jumaat, 11 Mac 2011

~~~NOVEL2 KARYA MA LEE CHUSWAN 4 BUAH~~~

~MA LEE CHUSWAN~
---->MA LEE CHUSWAN mula mewarnai dunia penulisan novel popular sekitar pertengahan tahun 1990-an.
---->Penulis berbangsa Thailand dan berasal dari Pasir Putih,Kelantan.
---->Hasil karya dia bermula novel pertamanya Bunga Hati ,yang ditulis pada tahun 1990 disiarkan secara bersiri.Ada sebuah syarikat membeli hak cipta novel tersebut.Kini diterbitkan sebagai sebuah novel dan ditukarjudulnya.
---->Karyanya
      1)GELORA-Karangkraf
      2)Tirai Impian-CESB
      3)Lamaran Kedua-CESB
      4)Permata Hati-CESB
      5)Selamat Tinggal Sayang


==========================================================================
COVER DEPAN
      
     
 CETAKAN TAHUN 2000
PENERBIT CESB
HARGA RM 15.90


SINOPSIS===>TIRAI IMPIAN...KU JEJAK KASIH SEMALAM,MENGHARUNG RINDU BAGAI TAK BERMUSIM.KEPAYAHAN JUA KUTATANG BAGAI SEGUNUNG INTAN.TAKDIR YANG DATANG KUSISIP DOA,PENUH REDA.KESABARAN YANG KUPERTAHANKAN BAGAIKAN SEBUAH PERCATURAN.BUKAN SEDIKIT PERGORBANAN.LALU AKU KEMBALI DI DAERAH SEPI INI.MENCARI KEKUATAN YANG KIAN HILANG.NAMUN LANGKAHKU KAKU.KIRANYA KAU DISITU...MENGHUNI DAERAH SEPIKU.


===========================================================================
~DIA TELAH TERDESAK,DEMI CINTA DIA RELA...
                                   LAMARAN KEDUA MA LEE CHUNWAN



COVER DEPAN
 CETAKAN PERTAMA TAHUN 1998
PENERBIT CESB
HARGA RM 19.90




                                 
SINOPSIS:TATKALA RINDU SUDAH SAMPAI KE PENHUJUNG,IMPIAN BERKOCAK DUKA.KASIH 
YANG BERLOREK INDAH KIRANYA HANYA SEPERTI 
COVER BELAKANG
PELANGI SENJA...SATU,SATU PERGI DAN HILANG










============================================================================

 PERMATA HATI ~MA LEE CHUSWAN



COVER DEPAN
                        CETAKAN PERTAMA TAHUN 2000
                       TERBITAN CESB
                      HARGA RM22.90

COVER BELAKANG
 SINOPSIS:PERMATA HATI...MIMPI,JADILAH KENYATAAN...AKU TAK RELA KEHILANGAN...TERNYATA KEBENARAN SEMEMANGNYA MENYAKITKAN TETAPI APALAH PILIHAN YANG DIA ADA?SEMUANYA SUDAH JADI JALAN MATI.CUMA DIA MASIH BERHARAP AGAR KEBENARAN BOLEH BAWA SEDIKIT PERUBAHAN.






==============================================================================
 SELAMAT TINGGAL SAYANG~MA LEE CHUSWAN




  CETAKAN TAHUN 2003
  TERBITAN CESB
  HARGA RM 20.90


COVER BELAKANG
SINOPSIS:AKU INGIN MENJADI "PUTERI" ...KALAU TIDAK PUTURI KAYANGAN PUN CUKUPLAH SEKADAR PUTERI NUR DEANA YANG MAMPU MEMBARISI SEKALIAN PUTERI-PETERI YANG ADA.NAMUN ITU SEMUA HANYALAH IMPIAN,DONGENG ZAMAN KANAK-KANAK YANG ENTAH BILA MAMPU PUTERI KECAPI.LALU KERANA "PUTERI",DIA SENANG MENJADI"DEE",TIDAK BEBAS DARIPADA SEBARANG KEKELIRUAN DAN SANGKAAN.NAMUN"DEE"TIDAK BEBAS TATKALA TERLANJUR,TERPERANGKAP OLEH MASA DAN AKAD.PERKAHWINAN INI SATU TANGGUNGJAWAB...MELEPASKANNYA JUA SATU TANGGUNGJAWAB YANG TIDAK TERJAWAB.BERTAHUN DEE MENJADI PELARIAN,SIAPA SANGKA BERTEMU SUAMI DALAM SATU PERIUK REZELI.NAMUN MAMPUKAH DEE TERUS BERSEMBUNYI...DAN SAMPAI BILA PUTERI HARUS DIGANTUNG TIDAK BERTALI...

=============================================================================





























Selasa, 8 Mac 2011

~~~NOVEL2 KARYA NIA AZALEA 3BUAH~~~

cover depan
~NIA AZALEA karya penulis inilah yang paling KMM minati karya-karyanya:SEREDUP KASIHMU,KAU YANG SATU DAN HATI YANG TERUSIK...itu saja menjadi koleksi KMM

SINOPSIS;Bot peribadi Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan.Nasibnya baik dia telah di selamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman.Datuk Mustaza terhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.

Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah ada mempunyai kekasih bernama Isabella,modelterkenal tanahair.Manakala Salina pula  telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli,anak ketua kampung.


Namun segala impian mereka tidak tercapai.Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua.Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh.Salina pula terpaksa putus dengan Zukifli.

Bahagikah perkahwinan Taufik dan Salina?Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?


cover belakang
        tertutup pintu hati
        minda tak berfungsi
        diketika itu
        tak tahu menilai
        mana yang tulen 
        mana yang palsu
        di akhir-akhir ini
        ketika aku
        dalam kesepian
        terasa kejahilan itu
        bagiku satu kerugian
        andainya di situ 
        ada ruang
        boleh kiranya
        aku menumpang
        andai ada sisa kemaafan
        maafkan diri ini
        yang dulu aku kesempatan
        kubuktikan erti keiklasan
        demi menepis ego aku untuk kita
        demi satu masa
        kupohon darimu
        ketulusan hati
        menjalin kembali
        perhubungan suci
================================================================================


SEREDUP KASIHMU





       


 SINOPSIS:Kisah silam Lea Haryani sentiasa menghantui hidupnya.Lea Haryani dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan kedua orang tuanya.Setelah
ibunya meninggal dunia,Mak Longnya,Sutinah memeliharanya sehingga dewasa.

Lea Haryani tidak begitu senang dengan sikap Mak Long.Apa sahaja
yang dilakukan oleh Lea Haryani tidak menyenang hati Mak Long.Ada sahaja kesalahan yang dicari.Bukan itu sahaja,Mak Long juga suka mengungkit asal-usul keturunan menyebabkan Lea Haryani terasa kerdil untuk berhadapan dengan masyarakat.


Setelah dewasa dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti,sikapnya yang pasif terbawa hingga ke universiti.Di universiti dia tidak mempunyai kawan melainkan kawan sebiliknya Suziyan.
cover belakang



Emir Safwan yang satu kuliah dengan Lea Haryani cuba menggodanya tetapi tidak dilayan.Pelbagai cara dilakukan oleh Emir Safwan untuk memikat hati Lea Haryani namun tidak berhasil.Dengan bantuan Profesor Halim,akhirnya Lea Haryani dipertemukan dengan Emir Safwan.

Mama Emir Safwan tidak berkenan dengan Lea Haryani dan menyuruh anaknya memilih Syamen,anak Datin Jawaher.Emir Safwantetap dengan pendirian memilih Lea Haryani.Akhirnya berlakulah konflik,Lea Haryani mengalah menyuruh Emir Safwan akur dengan pilihan mamanya.Emir Safwan tidak boleh terima kerana hatinya benar-benar mencintai Lea Haryani.Berjayakah Emir Safwan memujuk hatinya yang telah terluka untuk menawan hati Lea Haryani kembali?Berapa mahalkah harga yang harus dibayar untuk satu kemaafan...?

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  HATI YANG TERUSIK
cover depan
Sinopsis;Siapa kata manusia boleh hidup hanya,dengan cinta?Siapa kata wang tidak penting dalam menjanjikan bahagia?


Lewat musim bunga menyaksikan detik kemesraan Farhan dan Vaneesa menjalin rasa,menyulam cinta.Mungkin juga ketentuan Yang Esa,Dua hati jauh berbeza latar dan budaya akhirnya bertaut menjadi satu.Namun,hakikat kehidupan tidak memungkinkan mereka mengecap bahagia berpanjangan.


FARHAN...Lelaki yang tidak punya segalanya.Yang dimiliki hanyalah harga diri yang tidak akan sesekali dibiarkan dipijak sewenang-wenangnya


VANEESA...Wanita yang memilikisegalanya.Namun,itu bukanlah tiket untuknya mengecap segala kebahagian yang sering diimpi.


Hakikatnya...mana ada  cinta yang tidak teruji.Tentangan keluarga akhirnya menghancurkan mahligai cinta yang dibina.Malah,desakan hidup mampu mengubah kewarasan seseorang lelaki
 yang tinggi akal fikirannya.Dayusnya Farhan bertindak hanya melalui sepucuk surat!Semuanya
kerana fitnah,kerana maruahnya dihina,dicela sesuka hati.


cover belakang
Untuk kesekian kalinya, tercarik lagi hati Vaneesa.Cinta dan kasihnya musnah bak pudar ungu lavender di musim luruh.Dia terpaksa membuat pilihan.Antara cinta dan maruah diri,dia harus bijak membuat keputusan.Baginya,diam bukan bererti salah,bukan juga bererti mengalah.Dan dalam segala kepayahan,hati kecilnya tetap tidak henti berharap...akan ada juga kebahagiaan diakhir segala kedukaan!














=================================================================================

Isnin, 7 Mac 2011

~~~NOVEL2 KARYA ELIAS HJ.IDRIS 2BUAH~~~

~ELIAS HJ IDRIS
~LAHIR DI KUBU GAJAH,SEMANGGOL JULAI 3 1952 DAN MEMBESAR DI  BERUAS PERAK,MENGAJAR DI SEKOLAH SMK SERI GUNUNG KELANTAN,SMV(OERTANIAN)CHENOR PAHANG.
~KARYA-KARYA BELIAU
1)KEHILANGAN(ANUGERAH 'NOVEL TERBAIK'MALAYSIA:ANUGERAH'EDITOR TERBAIK'1994';NOVELIS PERAK'95
2)ANAK PEREMPUAN KABERET
3)BUNGA BUKAN SEMUSIM
4)PILIHAN KEDUA
5)KEMBANG TAK JADI


 ============================================================================

Pada 05/03/2011 KMM pergi ke NOVELHUT dan salah satu hasilnya dapatlah novel2 ini...
karya ELIAS HJ. IDRIS...

~"PILIHAN KEDUA"Novel yang KMM dapat ni cetakkan kali keenam eya itu pada tahun 2000
~TERBITAN CESB
~HARGA ASAL RM29.90
~HARGA NOVEL TERPAKAI RM7.00
~M/S:672

COVER DEPAN
SINOPSIS:PILIHAN KEDUA...Keluhuran hati dan ketulusan
COVER BELAKANG
budi sudah tidak bermakna apabila sentimen yang menyelit pertimbangan,keturunan dan kepercayaan,kerterbiasaan dan taraf kedudukan memainkan peranan...turut menjadi penghalang dan pemisah.Namun dia terpaksa membuat pilihan.






-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


~"BUNGA BUKAN SEMUSIM"novel yang KMM dapat ini cetakkan pertama tahun 1996
~TERBITAN CESB
~HARGA ASAL RM25.90
~NOVEL TERPAKAI RM 7.00
~M/S :761
COVER DEPAN

SINOPSIS:BUNGA BUKAN SEMUSIM...Kamil kecundang dalam menilai erti keluhuran hati dan kesetian Norazila.Dia tengelam dalam dunia kerakusan dan dendam yang tidak terpadam.
Sementara itu Nina Kamariah terus mengambil kesempatan dan Mummy Liza pula mempergunakan dia.
COVER BELAKANG
Dia terus tenggelam dan menelan kepahita.Bukan salah siapa;dia sekadar mencari titik noktahnya.Dan Natasya yang menjadi galang gantinya.

Sabtu, 5 Mac 2011

~~~KMM hobiku &hobiku ~~~~

NOVEL BUKU PRIMA& FP
       PADA 26/03/11 2HARI CUTI NI XTVT MENHIAS RAK NOVEL
DAN MEMBUAT BOOKMARK YANG TERGENDALA SEBAB BUSY SEMENJAK DUA MENJAK NI HUHUHU.....APA2 PUN HARAP GENG 'GILER NOVEL'MEMAHAMI DIRI INI .....

BOOKMARK YG DAPAT DIBUAT PD 26/3
TENGAH SEMANGAT MENHIAS NOVEL RIBEN YANG BARU SAJA BELI HARI JUMAAT LEPAS HABIS LA PULA....HURMMM......HARI ISNIN NI KENA KELUAR LAGI LA...NAK WAT CAM NER KAN!!KAN!! DAH HOBI...HUHUHU...
PAKSA REHAT SEBENTAR BUAT BOOKMARK PULA...DAPAT LA BUAT 12 PCS...CUKUP BUAT 6 ORANG....KHAS BUAT GENG'GILER NOVEL' NANTI HIHIHI...TAK TAU BILA NAK WAT NYER LAGI ...NOVEL PUN BANYAK LAGI TAK BACA...TULUN!!!TULUN!!!
BAHAGIAN BELAKANG BOOKMARK
==============================================================================




  ~Petang 05/03/2011 KMM dan family pergi ipoh...mula2 masuk pakson ipoh parade ronda2...pastu masuk kedai jual novel terpakai NOVELHUT...apalagi dekat sejam juga KMM memilih novel-novel dan sedar tak sedar dapatlah juga 20buah novel hihihi....antaranya mmg KMM cari sesangat-sangat...syuka3x kata KAK YAN hahaha....hasilnya mmg mengembirakan...Ar Syeera pun dapat buku latihan 7 buah dgn harga cuma RM 14 sahaja...murahkan...dan KMM dapat 20buah novel dgn harga cuma RM96 sahaja...lalala...



RAK BARU SEBELUM DIHIASI LALALA.....
~Lepas keluar NOVELHUT kami pergi ke GIANT TAMBUN pula....apalagi niat nak mencari RAK NOVEL la pula hihihi....dan hasilnya KMM dapatlah RAK seperti diatas tu...syuka3x...(balik rumah terus jer pasang dan susun novel hihihi....)
ALAT YANG DIGUNA UNT MENGHIASI

RIBEN MAWAR MERAH
~Hobi KMM suka menghias apalagi...keluarkan riben dan salotape...untuk menhias pembahagi antara rak tersebut hihihi...tengok hasilnyakan...siap riben MAWAR MERAH  lagi tu....kerja2 menghias novel terbengkalai kerana riben warna hijau habis...hijau khas untuk novel terbitan CESB ...pink untuk novel terbitan KN/ALAF 21.




NOVEL KN YANG DIHIASI RIBEN PINK
NOVEL CESB DIHIASI RIBEN HIJAU

Sabtu, 26 Februari 2011

~HOBI BARU KMM HE HE HE...--->--@

~SEKARANG NI DAH HOBI BUAT BOOKMARK LA PULA HE HE HE........
~tak rugilah benang crostice yang terbiar tuh....
~mula-mula buat untuk geng giler novel jer (GN)
~tapi ramai pula yang minat jadi kmm buat lah lebih....
~tunggu sahaja posmen di depan rumah hihihi.....
~bila letak dalam novel ingat kmm tau...
~yang cute semuanya....
~saiz yang berbeza...
~dan gambar yang berlainan tiap satu....
~dan dibahagian belakang ada kata-kata yang diambil daripada novel
~di tulis juga tajuk novel dan penulisnya...

~~~NOVEL YANG DI BELI FEB 2011--->-@~~~

NOVEL2 YANG DAPAT DI BELI PADA FEB 2011
1)KABUS SENJA ~RAMLAH RASHID~CESB~BUKU BARU RM 24.90
2)JANGAN ADA DUSTA~SRI DIAH~ALAF 21~BUKU 2HAND RM 13.00
3)ASSYIDA~LIANA AFIERA MALIK~CESB~BUKU 2HAND RM 13.00(sudah baca)
4)NOTA LUKA~SABARIAH ARAUR~CESB~BUKU 2HAND RM 13.00(sudah baca)
5)NOTA LUKA 2~SABARIAH ARAUR~CESB~BUKU 2 HAND RM 13.00
6)NOTA LUKA 3~SABARIAH ARAUR~CESB~BUKU 2 HAND RM13.00
7)JANJI ASSILLA~LIANA AFIERA MALIK~CESB~BUKU 2HAND RM 13.00
8)SATU ANUGERAH~SABARIAH ARAUR~CESB~BUKU 2 HAND RM 18.00\
9)INANG SARI~SABARIAH ARAUR~CESB~BUKU BARU RM 22.90
10)JALUR-JALUR JINGGA~SABARIAH ARAUR~CESB~BUKU 2 HAND RM 18.00
11)SUCI WAJAH RINDU~ZURAIDAH OTHMAN~CESB~BUKU BARU RM 22.90(sedang baca)
12)HAFIZ &SILVER~KUSYI HIRDAN~BUKU BARU RM 15.90
13)RINDU SEMALAM~PETERI ANDALAS~ALAF 21~BUKU 2HAND RM 8.00
14)DOSA MALAM PENGANTIN~SRI DIAH ~ALAF 21~BUKU 2 HAND RM 8.00(sudah baca)
15)KUALA LUMPUR DIMANAKAH SUAMIKU~SRI DIAH~ALAF 21~ BUKU 2 HAND RM 10.00
16)ISTERI~ROSMINI SHAARI~DBP~BUKU BARU RM 14.00
17)KASIH ENTAH DI MANA~KHADIJAH HASHIM~KB~BUKU 2 HAND RM 1.00
18)MASAM-MASAM MANIS ~LILY HASLINA NASIR~ALAF 21~BUKU BARU RM 10.00
19)NURUL NAIM OPERASI RAHSIA~NORHAYATI BERAHIM~CESB~BUKU BARU RM 10.90
20)LELAKI TERAKHIR ~SABARIAH ARAUR~CESB~BUKU 2 HAND RM 18.00
21)AKU KAN NOVELIS~NURUL SYAHIDA~BUKU PRIMA~BUKU BARU RM 17.90(dah baca)
22)RANTAIAN CINTA~KUSYI HIRDAN~NHF~BUKU BARU RM 12.90
23)RAGAU ~SABRI SAID~BUKU 2 HAND RM 5.00
24)HARUMNYA NORJANNAH~KUSYI HIRDAN ~BUKU BARU RM18.00(sudah baca)
25)DARI KERANA MATA~NORHAYATI BERAHIM~NB ~BUKU BARU RM 28.00(sudah baca)
26)ANTARA DUA HATI~FATINILAM SARI~CESB~BUKU BARU RM 23.90(sudah baca)
27)KAU YANG TAK MENGERTI~EBRIZA AMINNUDIN~CESB~BUKU BARU RM24.90