MENURUT KREISYA REISYA,KISAH HIDUP REMAJA SERING DIJADIKAN LATAR BELAKANG UNTUK NOVELNYA.WATK GADIS TOMBOY,KERAS HATI DAN TERSEMBUNYI SIFAT KEWANITAAN SERING DIMAINKAN DALAM CERITANYA.IA KEMUDIAN DIJALINKAN DENGAN CINTA YANG TIDAK KESAMPAIAN.AKHIRNYA WATAK UTAMA MENEMUI CINTASEJATI!
KARYA-KARYANYA:
1)KISAH KASIH
2)INDAHNYA KASIH
3)SEDETIK CINTA
4)PUTERI CINTA
5)CINTA MARISSA
=================================================================================
KISAH KASIH
RINDUKU PADAMU
TAK HILANG MESTIPUN
KAU SUDAH TIADA
DIDEPAN MATAKU
CETAKAN TAHUN 2000
TERBITAN ALAF 21
HARGA RM 11.90
COVER DEPAN |
Tidak lama kemudian,seorang ahli perniagaan Naim telah melamar Farah.Gadis itu telah meletakkan syarat agar lelaki itu mencari sebelah lagi kasutnya sebelum lamarannya di terima.Syarat lamarannya itu pelik dan menimbulkan kemarahan ibu Farah.Akhirnya Naim menarik diri.
Dalam pada itu ,Syah E,seorang kenalan telah lama jatuh hati padanya.Dengan Syah E pun,Farah meletakkan syarat bahawa lelaki itu tidak boleh menghubungi dalam tempuh setahun.
COVER BELAKANG |
Sesungguhnya syarat itu menyeksa keduanya-duanya.Namun telah memercikkan api cinta!
=======================================================================
INDAHNYA KASIH
KITA MEMINTAL ANGAN
DI RUANG YANG SAMA
MEMBINA ISTANA CINTA
CETAKAN TAHUN 2007
TERBITAN ALAF 21
HARGA RM 15.00
COVER DEPAN |
Detik masa pun berlalu...
Tanpa terduga tiba-tiba muncullah Petera hati,menyulam kembali khayalan cinta Puteri yang terbina di alam remajanya.Terus mempercayai bahawa cinta luhur itu tetap wujud sebagaimana kisah-kisah dongeng semalam,Puteri melangkah kealam perkahwinan.Dari dunia khayalan,dia mula mengenali realiti hidup sebenar.
Dia mula belajar menjadi seorang suri di hati puteranya.Buat puteri,perkahwinan itu bukan lagi satu fantasi.Di sini...di dunia yang baru ini,ada warna-warna kehidupan yang tersendiri.Dia perlu belajar menjadiseorang wanita matang seiring usianya.Dan sebagai suami,Aizat cuba membentuk pemaisuri hatinya menjadi wanita yang bernama isteri sejati.
COVER BELAKANG |
=============================================================================
PUTERI CINTA
AKAN KUGENGGAM SEMILIR MALAM
AGAR NAMAMU SENTIASA DI HATI
CETAKAN TAHUN 2000
COVER DEPAN |
HARGA RM17.00
SINOPSIS:SEMUSIM telah berlalu,Kristal terus berlari meninggalkan kenangan cinta yang tidak kesampaian.Walaupun kasihnya terhadap Farish sedalam lautan,dia tahu hanya perpisahan jalan terbaik buat mereka.Duka lara ini tidak mudah untuk di ungkapkan,saat senyum dan tanggis menyatu.Namun,Kristal tidak mahu berpaling kebelakang lagi.
Persahabatan yang di hulurkan Melur mengisi separuh kesepian Kristal.Mereka sering berkongsi cerita dan mencurah rasa.Persamaan jiwa wanita keduanya saling memahami.Biarpun sering dipandang sinis oleh segelintir teman dan keluarga,Kristal dan Melur bahagia dengan takdir yang tertulis buat mereka.Malah,Kristal percaya bahawa jodoh pertemuan itu adalah rahsia Yang Maha Pencinta.Hanya DIA yang mengerti betapa berat usikan dan sindiran yang diterima lantaran usia yang semakin di telan masa.
COVER BELAKANG |
pada satu pertemuan yang tidak diduga,cinta Farish kembali menggugah jiwanya.
==============================================================================
SEDETIK CINTA
AKU KINI DIDAKAP LAGI ANGIN RINDU CINTA SEMALAM...
COVER DEPAN |
CETAKAN TAHUN 2004
TERBITAN ALAF 21
HARGA RM14.00
SINOPSIS;BENARKAH cinta pertama tak semestinya cinta sejati?Hipotesis bagi Sophie,cinta juga tak semestinya bersatu,Dia redha menerima keputusan Kyerill.Demi prinsip dan agama,mereka harus berpisah.Namun bayangan lelaki bermata biru itu sering menganggu.Kadangkala kerinduaannya bagai tak tertanggung.Bertahun-tahun cuba memujuk hati yang luka.
Masa terus berlalu.Tanpa diduga,kasih Sophie berputik semula.Perhatian Haji Akimi,pengurusnya yang berkarisma benar-benar menambat hatinya.Namun,sekali lagi perasaannya diuji.Sanggupkah dia menjadi orang kedua kerana lelaki itu sudah berpunya?
Ah,sukarnya membuat pilihan.Namun,Dia tidak sanggup berkongsi kasih.Apatah lagi menjadi galang ganti sebagai penyambung zuriat seorang lelaki.Sophie tegar!Kisah ini perlu ditamatkan.
COVER BELAKANG |
Kenangan datang dan pergi.Di saat lukanya mula sembuh,sesuatu yang tidak diduga berlaku!Lelaki itu muncul kembali.'Terima kasih Keyrill kerana menghancurkan hati saya.Wanita itu sungguh bertuah...'
Sophie percaya,hidup ini ibarat gula-gula masam,manis dan kadangkala masim.Dia tidak berhenti berharap,biarpun ada kekosongan yang dirasa.Hatinya masih berdegil.Dia percaya,suatu hari nanti dia mampu membina bahagia bersama seorang lelaki yang entah di mana...
==============================================================================
CINTA MALISSA
OPP...aku dah jatuh cinta!
COVER DEPAN |
CETAKAN TAHUN 2002
TERBITAN ALAF 21
HARGA RM 12.00
SINOPSIS:MALISSA meningalkan keluarganya setelah putus cinta dengan Rahimi.Dia berkelana membawa diri.Disebalik kedudukan keluarganya yang bangsawan,Malissa menyamar seperti orang biasa.Dari seorang gadis yang lembut dan penyayang,Malissa berubah menjadi kasar,degil dan pemarah.
Perkenalan dengan Adibah,Ishqal,Umi Nor,Iqbal dan Espariza telah membuka dimensi baru dalam hidupnya.Diam-diam,Malissa jatuh hati pada Iqbal yang pendiam.Ishqal pula bertepuk sebelah tangan bila Adibah menolak kasihnya.Umi Nor pula dimadukan oleh suaminya dengan gadis yang sebaya anak mereka.Dan Espariza pula rupa-rupanya menjadi isteri kedua Tan Sri Ahmad Shuid iaitu suami Umi Nor.Semuanya memang tak diduga!
COVER BELAKANG |
Dalam suka ada .Dalam bahagia ada derita.Begitulah tragedi yang menimpa Malissa.Setelah ternoda,Dia cuba menjauhkan diri.Namun,Iqbal datang menghantar pinangan.Tapi...Malissa menolak.Akhirnya,Malissa akur,"aku cintakan kau Iqbal..."