Selasa, 8 Mac 2011

~~~NOVEL2 KARYA NIA AZALEA 3BUAH~~~

cover depan
~NIA AZALEA karya penulis inilah yang paling KMM minati karya-karyanya:SEREDUP KASIHMU,KAU YANG SATU DAN HATI YANG TERUSIK...itu saja menjadi koleksi KMM

SINOPSIS;Bot peribadi Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan.Nasibnya baik dia telah di selamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman.Datuk Mustaza terhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.

Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah ada mempunyai kekasih bernama Isabella,modelterkenal tanahair.Manakala Salina pula  telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli,anak ketua kampung.


Namun segala impian mereka tidak tercapai.Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua.Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh.Salina pula terpaksa putus dengan Zukifli.

Bahagikah perkahwinan Taufik dan Salina?Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?


cover belakang
        tertutup pintu hati
        minda tak berfungsi
        diketika itu
        tak tahu menilai
        mana yang tulen 
        mana yang palsu
        di akhir-akhir ini
        ketika aku
        dalam kesepian
        terasa kejahilan itu
        bagiku satu kerugian
        andainya di situ 
        ada ruang
        boleh kiranya
        aku menumpang
        andai ada sisa kemaafan
        maafkan diri ini
        yang dulu aku kesempatan
        kubuktikan erti keiklasan
        demi menepis ego aku untuk kita
        demi satu masa
        kupohon darimu
        ketulusan hati
        menjalin kembali
        perhubungan suci
================================================================================


SEREDUP KASIHMU





       


 SINOPSIS:Kisah silam Lea Haryani sentiasa menghantui hidupnya.Lea Haryani dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan kedua orang tuanya.Setelah
ibunya meninggal dunia,Mak Longnya,Sutinah memeliharanya sehingga dewasa.

Lea Haryani tidak begitu senang dengan sikap Mak Long.Apa sahaja
yang dilakukan oleh Lea Haryani tidak menyenang hati Mak Long.Ada sahaja kesalahan yang dicari.Bukan itu sahaja,Mak Long juga suka mengungkit asal-usul keturunan menyebabkan Lea Haryani terasa kerdil untuk berhadapan dengan masyarakat.


Setelah dewasa dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti,sikapnya yang pasif terbawa hingga ke universiti.Di universiti dia tidak mempunyai kawan melainkan kawan sebiliknya Suziyan.
cover belakang



Emir Safwan yang satu kuliah dengan Lea Haryani cuba menggodanya tetapi tidak dilayan.Pelbagai cara dilakukan oleh Emir Safwan untuk memikat hati Lea Haryani namun tidak berhasil.Dengan bantuan Profesor Halim,akhirnya Lea Haryani dipertemukan dengan Emir Safwan.

Mama Emir Safwan tidak berkenan dengan Lea Haryani dan menyuruh anaknya memilih Syamen,anak Datin Jawaher.Emir Safwantetap dengan pendirian memilih Lea Haryani.Akhirnya berlakulah konflik,Lea Haryani mengalah menyuruh Emir Safwan akur dengan pilihan mamanya.Emir Safwan tidak boleh terima kerana hatinya benar-benar mencintai Lea Haryani.Berjayakah Emir Safwan memujuk hatinya yang telah terluka untuk menawan hati Lea Haryani kembali?Berapa mahalkah harga yang harus dibayar untuk satu kemaafan...?

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  HATI YANG TERUSIK
cover depan
Sinopsis;Siapa kata manusia boleh hidup hanya,dengan cinta?Siapa kata wang tidak penting dalam menjanjikan bahagia?


Lewat musim bunga menyaksikan detik kemesraan Farhan dan Vaneesa menjalin rasa,menyulam cinta.Mungkin juga ketentuan Yang Esa,Dua hati jauh berbeza latar dan budaya akhirnya bertaut menjadi satu.Namun,hakikat kehidupan tidak memungkinkan mereka mengecap bahagia berpanjangan.


FARHAN...Lelaki yang tidak punya segalanya.Yang dimiliki hanyalah harga diri yang tidak akan sesekali dibiarkan dipijak sewenang-wenangnya


VANEESA...Wanita yang memilikisegalanya.Namun,itu bukanlah tiket untuknya mengecap segala kebahagian yang sering diimpi.


Hakikatnya...mana ada  cinta yang tidak teruji.Tentangan keluarga akhirnya menghancurkan mahligai cinta yang dibina.Malah,desakan hidup mampu mengubah kewarasan seseorang lelaki
 yang tinggi akal fikirannya.Dayusnya Farhan bertindak hanya melalui sepucuk surat!Semuanya
kerana fitnah,kerana maruahnya dihina,dicela sesuka hati.


cover belakang
Untuk kesekian kalinya, tercarik lagi hati Vaneesa.Cinta dan kasihnya musnah bak pudar ungu lavender di musim luruh.Dia terpaksa membuat pilihan.Antara cinta dan maruah diri,dia harus bijak membuat keputusan.Baginya,diam bukan bererti salah,bukan juga bererti mengalah.Dan dalam segala kepayahan,hati kecilnya tetap tidak henti berharap...akan ada juga kebahagiaan diakhir segala kedukaan!














=================================================================================

2 ulasan: