~~~MAWAR N FAMILY~~~




 INILAH FAMILY KMM DARI KIRI NUR SYAHEERA SYUHADA(anak long)ZAHID HASAN(papa)NUR ANEESA SYUHAILA(baby yang bongsu)MAWAR(rosmini)NUR SYAHEEDA SOFIYYA(kak ngah)


MAWARa berkahwin mpada bernikah pada taanggal 28/09/1994 psada usi 20an...bersama ZAHID...masa itu papa berusia 26tahun...Dan kami melangsungkan perkahwinan pada 05/11/1994 secara sederhana sahaja...Tapi tetap gembira...

Pada bulan disember 1994 MAWAR di sahkan mengandung...suka dan gembira sekali...maklumlah bakal mendapatkan cahaya mata yang menjadi idaman dan harapan semua pasangan suami isteri...Pada waktu mengandung Mawar tidaklah mengalami alah atau mengidam yang bukan2 tapi kesian papa teruk juga dia alah...hehehe...pelikkan tapi itulah kenyataan!!!

Pada tanggal 18/08/1995...sewaktu hendak bersiap-siap pergi kerja MAWAR rasa tak selesa  rasa perut keras dan gerakkan baby dalam kandungan kurang dan jangka yang diberikan doktor pada 23/08/1995...Oleh demikian MAWAR pun terasa tidak sedap hati dan beritau papa,tak mahu pergi kerja pada hari tu lagi pun cuma ot sahaja...masa tu MAWAR dan papa tidur dirumah ibu(mak mentuaku)

Dua jam kemudian sakit mula terasa...ibu memanggil papa balik...masa tu papa kerja disebuah kilang di Tasik Ipoh.Kemudian ibu menelipon teksi pula...masa tu papa cuma ada motor sahaja huhuhu...Setelah Papa pulang dan teksi yang dipanggil pun tiba MAWAR pun dibawa ke Hospital Besar Ipoh.

Tiba di Hospital...masuk jumpa doktor periksa dulu...kata doktor lambat lagi bersalinnya...eya ke?hahaha...Sadisnya sementara diaorang uruskan wad yang perlu MAWAR masukki hurmm....2 jam jugalah duduk dan lepak dikaki lima Hospital tu...dalam keadaan menahan kesakitan...tapi taklah sakit jika berbanding bila datang sergugut...

Setelah ditempatkan didalam wad...MAWAR berulangkali pula ke tandas rupa-rupanya baby dah tak sabar nak keluar...tiap kali pergi tandas ibu ikut sama hehehe...Bila dah banyak kali pergi sakit bertambah tiba-tiba terasa macam kepala baby keluar la pula...hahaha...Apalagi Ibu pun menjerit,jururawat datang membawa kerusi roda...MAWAR dibaringkan diatas katil dan ditolak untuk dibawa ke bilik bersalin tapi malang lif pula rosak...kuang!!kuang!!tak tahu yeah hehehe...Tak tahu macamana diaorang bawa tau-tau saja sudah tiba kebilik bersalin...opp!!bukan bilik tau...tapi Dewan Bersalin...

Cuba anda semua bayangkan ketika mahu bersalin anak pertama...anda ditempatkan ditempat yang terbuka...sebuah katil yang dikelilingi jururawat dan doktor pelatih...di kiri kanan orang yang senasib dengan kita...diatas bahagian kaki katil diletakkan cermin besar...bersalin di Dewan huhuhu....tanpa mengunakan tirai sebagai penutup oohh...malunya.

Mujurlah MAWAR tiba sahaja di wad itu baru 15minit terus selamat bersalin...yeah!!yeah!!dapat baby  yeah!!opp...lupa nak cerita maa...doktor yang menyambutnya bernama Wan asal dari Kelantan Doktor lelaki lagi tu huhuhu...umurnya MAWAR rasa baru awal 20an...malu!!Tapi kegembiraan lebih dari segalamya...Dan airmata kegembiraan menitis juga akhirnya...

Setelah jururawat selesai memandikan baby...diaorang tunjukkan jantinanya...wah!!rupanya anakku perempuan yeah!!!yeah!!!ramai orang teka lelaki...tapi tak kisahlah...janji dia sihatkan...setelah siap dibedung MAWAR pun memberi susu ibu...masa tu Hospital memang tidak membenarkan membawa botol susu... Masa itulah bertapa gembiranya hati seorang isteri bila mendapat cahayamata tak dapat dibayangkan dengan kata-kata tau...

(BERSAMBUNG)