CORETAN PENAKU

                                                                     BAB 1

            Seperti petang-petang kemarin  yang dilewati juga.Malia duduk di bawah pokok kipas Indonesia
di hadapan kelas 4sains 1.Melia sendiri pun tidak tahu kenapa dia suka duduk bersantai di bawah
pokok itu,yang pasti selepas sahaja habis iktiviti sukan sebentar tadi disitulah hala yang ditujunya.
           Dalam keasyikan Malia membaca buku Siri Penyiasatan yang di pinjamnya di Perputakaan Sekolah tengahari tadi.Dia tidak menyedari Samsul Hidar pelajar tingkatan 5 kelas aliran sains itu telah duduk di kerusi sebelahnya.

           "Oh!Abang Sham,terkejut Lia."kata Malia dalam nada terkejut.
           "Maaf Lia,Abang Sham ingat Lia sedar kedatangan Abang Sham tadi?"
          "Lain kali Abang Sham berilah salam dulu..."gurau Lia
          "Lia...sebenarnya...sebenarnya...Abang Sham...Abang..."kata Sham dengan gagap.
          "Ada apa ni Abang Sham?"tanya Malia kehairanan.
          "Sebenarnya,Abang Sham jumpa Lia ni,sekadar menyampaikan amanah orang."kata Abang Sham sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
           "Amanah siapalah yang Abang Sham bawa ini..."tanya Malia dengan senyum manisnya.
           "Hurm...Lia kenal tidak Rizlan,pelajar tingkatan 4 sains yang baru saja berpindah ke sekolah 
kita ni?"sambung Sham.
           "Rizlan...Rizlan...yang mana satu ya?"tanya Malia sambil mengigati sesuatu.
           "Rizlan yang aktif di padang itulah,Dia juga baru di lantik sebagai Pengawas Sekolah kita"kata Sham cuba memberikan gambaran sesuatu tentang Rizlan.
           "Siapa pun dia tidak penting tapi...apa kaitan amanah yang Abang Sham hendak tunaikan itu?tanya Malia dengan debaran.
            "Oh...Rizlan,meminta Abang Sham menyerahkan ini."Sham mengeluarkan sekeping kertas yang berlipat dari dalam koceknya.
            "Apa ini Abang Sham?"tanya Malia ragu-ragu untuk menerima huluran dari Sham.
            "Ala Lia,ambil sajalah...dia ikhlas suruh Abang Syam menyampaikan ini kepada Lia!."
            "Tapi...!"kata Malia.
            "Lia...tak baik hampakan harapan orang pada Lia!."kata Sham mengharap.
            "Baiklah Abang!"kata Malia sambil menerima kertas yang berlipat itu dan memasukkan dalam
buku Penyiasatan yang di bacanya sebentar tadi.
           "Macam itu kan senang dan memudahkan kerja Abang Sham.Okey,hari pun dah lewat ini
Abang minta diri dulu ya...Lia,pun balik la juga!"kata Sham meminta diri.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                                                                      BAB 2


         Setiba Malia di hadapan rumahnya,Malia melihat ibunya Puan Ros sedang asyik menyiram pokok bunga di halaman .Malia menuju kearah ibunya menarik tangan ibunya dan menyalami tangan ibunya.

        "Lewat Lia balik hari ini?"tanya Puan Ros pada anak bongsunya itu.
        "Lia minta maaf ibu,sebab tidak memberitahu ibu Lia ada latihan sukan tadi."
        "Baiklah,tapi lain kali janji jangan buat lagi ya!Ibu bukan apa,risau sekarang ini macam-macam perkara terjadi,tanpa kita terduga"sambung Puan Ros lagi.
        "Maafkan Lia ibu membuat hati ibu risau!"
         "Sudah!masuklah rumah dulu.Ibu ada masakkan Lia,gulai rendang pedas ayam kesukaan Lia."kata Puan Ros tersenyum.
         Malia membuka kasut sekolah dan stokinnya dan menyimpan di rak yang terletak di sebelah pintu depan rumahnya.Dia terus masuk kebiliknya untuk menyalin baju sekolah dan menyucikan dirinya.Selepas itu dia terus ke bahagian dapur rumahnya.
        Malia mengambil pinggan dan membuka tutup nyiru diatas meja makan itu.Mata terus sahaja menatap gulai rendang pedas ayam masakkan istemewa ibunya itu.Betul juga kata orang tua-tua bahawa air tangan ibu memang tiada tandingannya...dari kecil lagi dia memang suka gulai rendang pedas ayam masakkan ibunya itu.
      Selesai makan dan mengerjakan solat berjemaah bersama ibu dan bapanya Encik Zaidi.Malia terus masuk ke dalam biliknya untuk menyelesaikan tugas sekolah yang diberikan oleh guru Matemetik Puan Mazni.Selesai membuat tugas-tugasnya,Malia melihat jam baru sahaja melewati pukul 10 setengah malam.Dia pun menarik buku Penyiasatan untuk menyambung membacanya.Tiba-tiba kertas yang diserahkan oleh Abang Sham padanya petang tadi terjatuh dari buku itu.
     Malia,membuka lipatan kertas itu dengan debaran yang tiba-tiba bertandang...Malia membaca coretan itu berulang kali...

      Saudari,maaf kiraan nota ini bisa menggangu emosi saudari saat ini,tetapi Riz tidak dapat menahan rasa ingin mengenali diri saudari dengan lebih rapat lagi...
  Maaf sekali lagi,andainya saudari setuju dengan salam perkenalan yang Riz hulurkan ini...sudilah berjumpa dengan Riz di bawah pokok depan kelas 4 sains 1...tempat di mana saudari selalu menyendiri...pada keesokkan hari.




RIZLAN
yang mengharap.


   Setelah Malia berulangkali membacanya...tiba-tiba memori lama menerjah di fikirannya...harus ke dia menerimanya atau melupakannya...segala yang berlaku dahulu masih kukuh diingatan dia...
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                                                                      BAB 3

            Azmir sebut sahaja namanya...satu sekolah boleh mengenalinya...wajahnya yang tampan,membuat ramai pelajar perempuan ingin mendampinginya...Tapi hatinya hanya terpaut pada satu wajah sahaja...Malia Bt Zaidi.
            Perkenalan mereka bermula sewaktu mereka selalu tersempak di Perpustakaan di Bandar Kuala Kangsar.Walau pun sekolah yang sama di SMRAS tapi mereka tidak bertegur sapa...Namun pertemuan yang berulangkali di situ telah meneratkan lagi hubungan mereka berdua...Pernah jua Malia bertanya kepada Azmir tentang hubungan mereka.

         "Mir,Lia risaulah anggapan pelajar-pelajar dan guru-guru terhadap hubungan kita berdua."kata Malia meluahkan apa yang dirasanya di saat itu.
         "Apalah yang Lia nak risaukan,kita bukannya buat perkara yang menyalahi pun!"kata Azmir sambil memandang wajah ayu di sebelahnya itu.
        "Entahlah Mir,kadang-kadang Lia rasa pandangan mereka macam menyindir kita sahaja.Mungkin Lia tak sepadan bergandingan dengan Mir........entahlah!"keluh Malia.
       "Lia!apalah yang Lia fikirkan ini?Pada Mir tiada yang kurang tentang hubungan kita ini.Ala lupakan sahaja apa yang Lia fikirkan itu..."kata Azmir dengan tersenyum.
       "Tapi Mir!.......kita kena juga fikir anggapan orang pada kita kan?"
       "Itu Mir tahu,tapi kenapa kita kena menerima apa yang orang fikirkan tanpa perlu menjaga hati kita sendirikan?"kata Azmir sambil memandang wajah ayu Malia lagi.
        Malia tersenyum,sambil memandang aliran sungai yang mengalir lesu ke muara...memang selalu dia dan Azmir akan duduk di tebing sungai Kangsar.....melihat keindahan alam di situ tanpa jemu.Di seberang sungai itu terdapat deretan kedai-kedai makan dan gerai-gerai menjual laksa serta rojak buah-buahan.
        "Sudahlah!jangan di fikirkan lagi...anggaplah mereka itu cemburukan hubungan suci kita ini."kata-kata Azmir menyentapi khayalannya itu.
        "Baiklah Mir!Lia tak kan fikirkan tentang itu lagi........"kata Malia dengan senyuman yang manis.
       "Sudah!sudah........jom kita balik nanti risau pula ibu Lia."kata Azmir sambil bangun dan menghulurkan tangan untuk menarik Malia supaya bangun.
       Mereka berjalan bereringan sambil bergelak ketawa...mersa sekali hubungan mereka di saat itu.....Tapi itu memori setahun yang lalu.......ketika Malia berada di tankatan tiga yang tak mungkin Malia lupakan sehingga ke saat ini.Bagi Malia semuanya masih segar dalam ingatannya. 
      Disaat ini juga Malia sering tertanya di manakah silapnya......hingga perpisahan terjadi antara dia dan Azmir...adakah salahnya kasih Azmir beralih arah atau adakah Azmir hanya menjadikan di barang permainan sahaja........waktu suka dia yang di cari waktu tidak suka,dia ditolak ketepi......Memang sukar untuk dia menerima hakikat itu tapi!!!!!Itulah yang harus diterimanya........
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                                                                      BAB 4 


         Seperti yang di minta oleh Rizlan,Malia pun menunggu Rizlan di bawah pokok di hadapan kelas 4 sains 1.Sambil menunggu Rizlan datang,Malia membuka buku Penyiasatan untuk di baca,memang hobinya dari kecil lagi suka membaca.Dalam banyak buku cerita,kisah Penyiasatan yang dia suka baca.Kadang-kadang kerana hobi itulah kawannya,Ina dan Ida selalu sahaja memerlinya macam kanan-kanak riang kata mereka.
        Pada dia kata-kata kawan baiknya itu tidaklah pernah mengecilkan hatinya...masing-masing mempunyai minat dan hobi tersendiri...Ina minat membaca novel dan Ida pula minat memasak.Dia tahu kawan-kawannya suka bergurau dengannya,mereka kenal dialam pra sekolah lagi sehinggalah sekarang.
       Lamunan Malia terhenti bila dia terpandang seseorang datang menghampirinya.Semakin hampir,semakin kencang degupan jantungnya.Dia terpana bila terpandang wajah itu bila hampir kepadanya.


    "Terima kasih,kerana sudi berjumpa dengan Riz.......hurm........boleh Riz panggil saudari dengan nama Malia atau lebih mesra dengan Lia saja?"kata Rizlan
    "Errr.....sama-sama...Riz"kata Malia dengan nada yang tersangkut-sangkut,matanya masih melihat ke wajah handsome Rizlan.Dan,matanya lah yang membuat Malia terpanpan.Mata Rizlan berwarna hezel memikatnya...indahnya ciptaan tuhan hati Malia berkata-kata sendiri.
     "Jadi........Riz kena panggil Malia ke Lia ni?"tanya Rizlan semula menyedarkan Malia yang termalu sendiri.
      "Hurm....Riz boleh panggil Lia saja....atau terpulang lah mana yang Riz rasa selesa?"jawab Malia sambil mata dilarikan dari memandang wajah Riz.
      "Okey!Riz rasa biarlah Riz panggil Lia sahaja lebih mesra dan manja tak gitu?"kata Riz memandang Malia dengan satu senyuman.
      "Sebagai tanda terima kasih Riz pada Lia,Kerna sudi menerima Riz sebagai teman apa kata.......jom kita pergi ke gerai sebelah sekolah ini?Riz belanja Lia!."
     Tanpa kata-kata Malia bangun mengikuti langkah Rizlan yang mendahului dia melankah ke arah pintu gerbang sekolah untuk keluar dari kawasan sekolah itu.Mereka beriringan menuruni bukit untuk pergi gerai Pak Kassim yang terletak di sebelah sekolah itu.
     Rizlan memberitahu Pak Kassim bahawa mereka mahu minum milo ais sahaja.Sementara menunggu minuman siap...Rizlan mengambil kesempatan berbual-bual dengan Malia.Banyak perkara yang ingin dia tahu mengenai gadis ayu di hadapannya itu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                              BAB 5

      Esok paginya ketika,Malia,dan kawan-kawannya berkumpul di dalam kelas sementara menunggu kehadiran Cikgu Mazni.Malia terdengar Diyana,seorang teman sekolahnya di bahagian belakang kelas bercerita bersama teman-teman yang lain,Syima,Sheela dan Aneesa.

      "Kau orang tahu tak,di kelas 4 sains 1,ada seorang budak baru masuk tak silap aku dia dari Kedah."kata Diyana dengan suara yang di kuatkannya.
       "Iya ke ni?tanya Aneesa pula.
       "Iyalah tak akan la aku bohong kau orang semua..."sambung Diyana dengan sombongnya.
       "Handsome tak?tanya Syima pula.
       "Mestilah handsome,tidak takkan aku cerita semua ini kat kau orang la!"kata Diyana lagi.
       "Macamana kau dapat teckle dia ke sudah?"tanya Sheela pula.
       "Mestilah,Ini Diyana lah!'kata Diyana dengan bangganya.
       "Siapalah namanya?"tanya Syima tak sabar.
        "hurm...namanya Rizlan Iskandar..dengar namanya sahaja,aku dapat bayangkan wajahnya..."kata Diyana sambil melentok-lentokkan tengkuknya.


       Tiba-tiba suasana kelas 4 sains 2 senyap dan masing-masing pergi ke tempat duduk masing-masing itu tandanya Cikgu Mazni dah memasukki kelas.Semua murid bangun untuk memberi tanda hormat kepada guru tersebut...Cikgu Mazni,mengarahkan murid-murid semua mengeluarkan tugas-tugas yang diberikannya kemarin.Malia dan kawan-kawannya masing-masing sibuk mengeluarkan buku latihan masing-masing.Kelas diteruskan selama 40 minit berterusan dan Cikgu Mazni menerangkan 
dan menyelesaikan soalan matematik kepada murid-murid jika ada yang tidak difahami.
     Selesai kelas Cikgu Mazni,Malia memikirkan semula kata-kata Diyana dan teman-temannya tadi.Dia tak heran jika Diyana bergitu tasyuk bercerita tentang Rizlan yang memang handsome,melihat matanya yang berwanna hezelnya sahaja membuat gadis-gadis terkaku.Rambut ikalnya yang tersisir rapi dan wangian di pakainya membuat gadis-gadis tidak berpaling memandangnya.
     Malia masih lagi merahsiakan perkenalannya dengan Rizlan daripada  teman-teman baiknya Ina dan Ida...bagi dia tak perlulah dia mengceritakan kepada mereka dahulu.Biarlah segalanya menjadi rahsia hatinya sahaja...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                                                            BAB 6


      Azmir termenung sendirian di biliknya,selepas sahaja selesai makan malam bersama dengan ibunya Puan Azyan,bapanya En.Azli dan adik bongsunya sofea.Masa di meja makan tadi pun Azmir macam kurang selera.Bukan salah masakkan ibunya tapi...fikirannya yang tak menentu sejak kebelakanga ini.
     Azmir masih mengigati kenangan manisnya sewaktu bersama Malia.Tapi...dia sendiri yang menhancurkannya...dia masih ingat lagi wajah mendung Malia gadis ayu  itu ketika kata putus yang keluar dari mulutnya...
     Azmir masih ingat masa itu,selesai sahaja waktu di Perpustaan dia dan Malia terus pergi ke Taman Kanak-kanak yang berhampiran Sungai Kangsar,tempat biasa mereka berdua kunjungi.Tapi pada hari itu bukan Azmir ingin memberitahu Malia keputusan hati yang sudah mutamad.

   "Lia...maafkan Mir..."kata Azmir ketika mereka duduk di kerusi di tepi sungai itu.
    "Maaf!kenapa Mir?"tanya Malia kehairan dengan sikap Azmir di petang itu.
    "Lia...apa yang akan Mir kata ini pasti akan mengercewakan Lia...tapi...Mir terpaksa!."kata Azmir.
     "Ada apa ini Mir?tanya Malia berdebar.
      "Maafkan Mir,Lia...Mir terpaksa memutuskan hubungan kita ini!"kata Azmir sambil memandan aliran sungai itu.
      Malia terparku hiba mendengar ucapan yang keluar dari mulut Azmir,betul ke?Apa yang baru di dengarnya itu.Malia mula memikirkan di manakah silapnya hubungan mereka berdua.Rasanya tiada apa yang menghalangi.


     "Lia...Mir betul-betul minta maaf,Mir tak boleh meneruskan hubungan ini."Azmir berkata setelah melihat Malia terdiam.
     "Tapi!...Mir apa salah Lia..."kata Malia sayu dengan mata yang mula berkaca.
      "Bukan salah Lia,Tapi...salah Mir!"Kata Azmir memandang ke wajah sayu Malia.
       "Mir,dah cuba tapi...Mir tak mahu lebih melukakan hati Lia nanti..."sambung Azmir lagi.
       "Mir,Lia tak sangka sampai di sini sahaja hubungan kita.......Mir,yang memulakan dan Mir juga memutuskannya...sampai hati Mir...Apa salah Lia,Mir?"kata Malia teresak-esak yang tak dapat memendungi lagi air matanya mengalir.
       "Lia,Mir harap Lia boleh menerima kenyataan ini semua?Apalah guna kita meneruskannya jika,hati kita tak  ada keiklasan...Mir,betul-betul minita maaf Lia!."kata Azmir sambil tunduk memandang kebawah.
        Malia memandang kosong dihadapan ,Walaupun kenyataan itu terlalu berat untuk di terimanya tetapi,terpaksa jua dia dia menerima kenyataan bahawa Azmir,tidak memerlukannya lagi...
       Azmir mengeluh sendiri,sampai di saat ini pun dia masih tidak dapat melupakan wajah sayu Malia ketika itu.Tapi apakan daya,terlajak perahu boleh di undur,terlajak kata merana badan.Semuanya salah dia kerana terlalu mengikut hati...dan terpikat pada kemanjaan Laila  kawan satu sekolah adiknya  Sofea.Yang sering berkunjung mengikuti adiknya bercuti di rumahnya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                                                          
                                                       BAB 7


        Seperti biasa sewaktu pagi sebelum loceng berbunyi menanda waktu kelas sudah bermula...murid-murid semua beratur dikaki lima kelas masing...tiba-tiba Maria terdengar Diyana berbisik-bisik dengan Syima...

         "Syama,kau nampak tak siapa yang lalu sebentar tadi?"tanya Diyana kepada Syima.
          "Yang baru lalu tadi ke?tanya Syima pula ingin kepastian lagi.
          "Eyalah!eh...kau ni,takkan mamat tu punya smart kau tak pandang pula?"kata Diyana.
          "Tapi kenapa?"tanya Syima lagi.
           "La.....kau kata nak kenal sangat dan nak lihat rupa Rizlan,murid 4 sains 1 yang baru tu?"beritau Diyana.
            "Oh!Dia ke?Memang smart .......hurm...patut la kau macam  dah gilakan dia ya."balas Syima.


          Loceng pun berbunyi dan semua murid 4 sains 2 masuk ke kelas.Mereka sibuk mengemas tempat duduk masing-masing.Keadaan riuh rendah dengan berbagai ragam dan cerita.tetapi Malia
masih mengigati kata Diyana dan Syima waktu di kaki lima tadi.Malia akui Rizlan memang smart...pakaiannya sentiasa bersih dan kemas.Tapi jalan lompat gagak kata orang tua-tua lelaki kalau cara berjalannya macam itu...seorang yang ego atau bermegah diri.Malia harap Rizlan tidaklah seperti yang digambarkan oleh kepercayaan itu.
       
        Lamunan Malia terhenti apabila semua murid-murid didalam kelas itu tiba sahaja senyap itu tandanya guru mereka sudah tiba...macam biasa Cikgu Azian melangkah masuk dengan senyuman manisnya.Begitulah wajah Cikgu Azian tiap-tiap hari.Cikgu Azian sememangnya seorang guru yang berdidikasi di sekolah itu.Sentiasa mengambil tahu masalah murid-murid tanpa erti pilih kasih.Baginya layanannya pada semua murid-muridnya adalah sama rata.

       "Murid-murid,macam mana tugas yang Cikgu berikan pada awak semua,Dah siapkan ke?"tanya Cikgu Azian kepada semua murid 4 sains 2.
       "Sudah Cikgu!"Jawab murid-muridnya serentak,sambil masing-masing sibuk mengeluarkan buku latihan Prinsip Perakaunan.
       "Wah!Cikgu bangga pada awak semua,rajin dan bertanggungjawab pada diri sendiri dan ibubapa."Kata Cikgu Azian bangga.  


        Cikga Azian memandang kewajah semua murid-murid dihadapannya.pada wajah-wajah itulah dia dan seluruh guru-guru disekolah meletakkan sandaran dan harapan.Semoga suatu hari nama sekolah itu sama terkenal seperti sekolah yang sudah ternama.


      "Kalau ada yang tidak faham jangan segan bertanya pada Cikgu atau kawan-kawan awak."Kata Cikgu Azian kepada murid-muridnya lagi.


      Begitulah sikap Cikgu Azian.sering menasihati murid-muridnya,agar saling bantu membantu antara satu sama yang lain.Cikgu Azian selalu juga mengigati murid-muridnya supaya,tidak ada yang iri hati atau sombong dengan ilmu yang ada.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
   

     


    


        
        
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------